APA ITU “QUANTUM ENTANGLEMENT” ?

Quantum Entanglement adalah satu prinsip penting dalam fizik kuantum walaupun ianya belum benar-benar difahami. Jika kita mempunyai beberapa partikel yang berkait satu sama lain, ukuran untuk quantum state  bagi satu saja partikel sudah cukup untuk mengetahui keadaan kuantum partikel yang lainnya.

Partikel-partikel ini berhubung di antara satu sama lain dalam cara yang luar biasa dan dikenali Einstein dengan “ spooky action at a distance”. Ia adalah fenomena kuantum yang luar biasa dan susah diterima akal. Einstein sendiri walaupun menyedari Quantum Entanglement adalah fenomena biasa partikel, dia berharap agar perkara serupa itu tidak ada dalam fizik dan Einstein memang tidak menyukainya. Tetapi adakah “action at a distance” diantara 2 partikel benar-benar berlaku? Ianya diterangkan dalam sebuah teori dikenali Bell Theorem melalui sebuah persamaan matematik dinamakan “Bell inequalities”

Pada asasnya, teori popular yang berkaitan Quantum Entanglement dikenali dengan “EPR Paradox” iaitu kependekan kepada Einstein-Podolsky-Rosen Paradox. Ia telah diperkemaskan lagi oleh ahli Fizik bernama John Stewart Bell melalui teorinya “Bell theorem”.  Teori Bell cuba mengesahkan samada benar atau tidak partikel berhubung diantara mereka melalui quantum entanglement.

Dalam kes EPR Paradox, katalah kita mempunyai partikel A dan partikel B dan keduanya berhubungan melalui Quantum Entaglement. Justeru, sifat kedua-duanya akan saling berkaitan. Sebagai contoh, jika spin untuk partikel A berkemungkinan ½ maka spin untuk partikel B berkemungkinan -1/2 atau vice versa.

Cumanya, jika kita telah mengukur spin untuk partikel A maka kita boleh mengetahui secara pasti keadaan spin untuk partikel B walaupun tanpa mengukur spin bagi partikel B secara langsung. Jika partikel A mempunyai spin ½ maka secara automatisnya partikel B akan mempunyai spin -1/2. Dan jika partikel B mempunyai spin ½ maka secara automatisnya partikel A akan mempunyai spin -1/2. (Perkara ini dibuktikan benar-benar berlaku menerusi eksperimen). Jangkaan ini boleh dilakukan kerana kedua-dua partikel berkait dan berhubungan melalui Quantum Entanglement. Cuma persoalan yang ingin dirungkaikan oleh Bell ialah bagaimana partikel A dan B berkomunikasi?

quantum-cryptology-7

Note : Paradoks EPR sebenarnya menyanggahi falsafah indeterminism dalam kuantum Mekanik. Malah ia juga menyanggahi Prinsip Ketidakpastian Heisenberg yang menyatakan – Tidak boleh kedua-dua faktor (posisi dan momentum) diketahui secara serentak.

Dalam bukunya, Quantum: Einstein, Bohr, and the Great Debate about the Nature of Reality, Kumar Manjit malah mendakwa melalui quantum Entanglement kedua-dua faktor – posisi dan momentum boleh diketahui serentak. Menurutnya, kedudukan tertentu bagi partikel A boleh diketahui. Ini secara tidak langsung membenarkan kedudukan partikel B ditentukan. Justeru momentum tertentu bagi partikel B dapat dikira, begitu juga partikel A yang berhubung secara entanglement.

“..EPR appeared to have contrived a means to establish the exact values of either the momentum or the position of B due to measurements made on particle A, without the slightest possibility of particle B being physically disturbed..”

“.. Quantum theory predicts that both values cannot be known for a particle, and yet the EPR thought experiment purports to show that they must all have determinate values. The EPR paper says: “We are thus forced to conclude that the quantum-mechanical description of physical reality given by wave functions is not complete…”

Pada akhir tulisannya, EPR Paradox yang diterbitkan 1935 mengakhiri dengan kata-kata “.. We believe, however, that such a theory is possible”. Dengan kata lain, Einstein optimis bahawa prinsip ketidakpastian kuantum mekanik boleh ditolak dan diubah kepada satu falsafah baru yang bersifat realistik, pasti dan bukan berasaskan andaian dan jangkaan semata-mata. Dan selagi mana piawaian itu tidak tercapai, maka menurutnya quantum mechanics is incomplete. Bagi saya sendiri secara peribadi perkara ini adalah mustahil.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s